cikgu terhebat

BISMILLAH..

 "cikgu,kita orang gaduh lagi lah..
hurm,awak nie,setiap hari gaduh jee,"

masih aku ingat dalam ingatan,saat aku mengadu,meminta nasihat daripadanya,apa sahaja masalah antara aku dan rakan karibku,pasti akan aku ceritakan padanya,dengan nilai kesabaran yang tinggi,dan sifat seorang bapa yang penyayang,dia menasihati aku,memberikan aku kata-II semangat,katanya... " dah,awak pergilah mintak maaf dengan dia" selepas itu,aku berbaik dengan rakan karibku,apa yang buat aku sering tertawa apabila ingat peristiwa itu ialah kerana,perkara ini akan terus ulang,ulang dan ulang..tapi dia,tidak pernah marah dan jemu,untuk membuatkan kami berbaik semula...

Satu peristiwa yang tidak dapat aku lupakan antara aku dan dia,peristiwa ini berlaku sewaktu hari pertama aku dan murid-II tahun 6,menghadapi peperiksaan sebenar UPSR..

cikgu,kenapa cikgu menangis waktu bacakan doa untuk kita orang tadi..?tanyaku,
cikgu teringatkan anak cikgu,tadi,saya takut dia terlambat sampai sekolah,waktu dia pakai kasut tu,saya marah dia,suruh dia cepat,tu yang saya terkilan sebab marah dia,hari ni kan dia nak amik periksa,saya takut dia sedih nanti nak jawab soalan..jawabnya,

saat aku mendengar jawapannya dari soalan ku itu,hati ku disaat itu,benar-II kagum padanya,dia seorang ayah yang sungguh penyayang...sanggup mengalirkan air mata,kerana menyesali perbuatan yang dilakukan terhadap anaknya walaupun sebenarnya,ia adalah untuk kebaikan anaknya sendiri...SUBHANAALLAH

aku mula belajar bersamanya,ialah sewaktu aku berada di darjah 3..waktu itu,dia mengajar aku subjek Bahasa Melayu,kemudian,sewaktu aku naik ke darjah 4 dan bertukar ke sesi pagi,dia juga turut ditukarkan ke sesi pagi..walaupun seingat aku,dia sudah tidak mengajar aku sewaktu darjah 4,5,dan 6..tapi,waktu itu,kami masih rapat..

masih aku ingat,tiba saja waktu rehat,cikgu pasti akan menjual surat khabar disebuah meja berdekatan kantin,kemudian,setelah aku dan rakan-II ku selesai makan,kami pasti akan datang ke meja cikgu,kemudian duduk disitu dan berbual-II,di situlah,dia sering memberikan nasihat dan kata-II semangat kepada kami.. sampai-II,aku leka untuk bertugas sebagai pengawas pada waktu rehat..

Allah,rindunya aku untuk merasai kenangan itu semula,rindunya aku untuk merasakan usapan dikepala oleh seorang guru,dulu dia sering mengusap kepala pelajar-II,sambil  berselawat...masih aku ingat,kadang-II,aku dan rakan ku selalu mintak dia duit, (20 sen) sebagai gurau-II,tapi dia bagi jugak,pernah sekali dia bagi duit pada aku,dan dia cakap,jangan bagi tawu kat kawan aku yang lain..sungguh istimewa..

dan kini,setelah 4 tahun tidak berjumpa dengannya,aku berasa sangat rindu,telah aku pasang niat,untuk datang melawat kesekolah lamaku,untuk berjumpa dengan guru-II lamaku,dan mengambil gambar bersama mereka,dan yang pastinya guru pertama yang aku ingin jumpa semestinya dia...tapi sayang,aku terlambat,kini dia telah pergi meninggalkan aku,dan rakan-II ku..untuk selama-lamanya..

cikgu,guru lelaki yang paling saya terhutang budi..



benar,aku tidak akan pernah lupa akan segala jasa dan ilmu yang telah dia berikan kepada aku..
AL-FATIHAH buat ALLAHYARHAM ENCIK KAMARUDDIN..
semoga cikgu ditempatkan dikalangan orang yang beriman...AMIN
mengenali cikgu,dan menuntut illmu daripada cikgu,merupakan kenangan terindah dizaman persekolahan rendah saya..

saya sayang cikgu dulu,kini dan selama-lamanya....



thanks sudi baca,awak cantik dan handsome sangat..!