pergh..LAWAK gilee~

BISMILLAH..

entry ni KHAS dan SPECIAL untuk anda-II yang SAYANGKAN aku..
ehehee,aku just copy je cerite-II lawak nih..
sebab utama buat nih,ialah kalau boleh aku nak mereka-II yang baca,akan ketawa,
dan lupakan masalah mereka.. aku gembira,kalau korang happy..!


:: mood buat entry lawak nih datang bila,petang tadi,aku chat dengan seseorang,then aku tengok cara dia reply IMchat tu,macam ada problem je,macam tak hepy je,tu yang aku buat entry nih..(huhuh)harap dia happy bila baca ni,and ketawa puas-II...(amin)

LAWAK 1

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.
Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata,
 “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya,
“Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”
Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.”
 Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?”
 Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas

LAWAK 2
Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ini baru berumur 8 tahun. Dia cakap “Mak nak undur kereta, kalau kena cakap ye!”
“Ok!” kata anak dia.
Si ibu pun undur keretanya.
“Lagi mak undur lagi” kata anak dia.
“Lagi lagi” kata anak dia.
Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba “DAMM” kereta yg dia undur tu terlanggar
pokok kat belakang.
Anak dia pun menjerit” OK! Mak, dah kena!”

LAWAK 3
Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.

Guru : “Kenapa menangis?”
Pelajar: “Duit saya hilang sepuluh ringgit Cikgu” (jawabnya sambil menangis)
Guru : “Sudahlah jangan menangis ye…nih Cikgu beri sepuluh ringgit.”

Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.
Guru : “Aik… menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit.”
Pelajar: “Iya Cikgu…tapi kalau tadi duit saya tidak hilang,kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit.”
Guru : :P

LAWAK 4
ayah : siapa yang guna bil telefon sampai melambung ni..?
anak lelaki : bukan saya ayah,saya gunakan telefon bimbit saya sendiri..
anak perempuan : saya juga,saya gunakan internet dan juga telefon sendiri..
ibu : bukan saya ye abang,saya gunakan telefon ditempat kerja saya..
ayah : abang  juga,abang pun gunakan telefon pejabat di tempat kerja abang..!  kalau begitu siapa..?orang gaji kita..?

orang gaji : ea,bukan saya tuan,saya gunakan telefon ditempat  kerja saya~


sekeluarga : ??&%$#@_!!!!!*&><?}{|

LAWAK 5
Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.

"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.

Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!"

"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.

Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan...

"Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan
menggunakan pisau..!"


"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.

"Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras.

"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen
dengan menggunakan
parang..!" kata hakim.

"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.

Dengan geram Hakim berkata,
"Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akan
perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!"

"Maaf.. Yang Arif..." pengunjung tadi berkata...
"Saya adalah jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau dan
parang... dia selalu cakap... tidak ada..!!!!!!!!!




LAWAK 6
Ustaz Rock:Assalamualaikum kelas..
Murid-murid : Waalaikumussalam ustaz..

Ustaz Rock: Hari ni ustaz tanak mengajor sebab ade perkara yang nak
ustaz bincang. Isu sensitif nih..


Murid 1 : Isu ape ustaz? Saspen jer bunyinyer..org saspen pun tak saspen
camnieh..


Ustaz Rock : Memang sensitif tahap maksima nih..sblum tuh..ade orang
pantai timur tak kat sini?

Murid 2 : Saya ustaz..Saya orang ganu

Ustaz Rock : Kamu jangan terasa yer..Ni saya dapat dari ustaz-ustaz
seluruh negara..Kajian mendapati orang terengganu ngan kelantan nih tak
percaya kepada Tuhan mereka..

Murid 2 : Eh Ustaz..tak baik tuduh-tuduh ustaz..berdosa besar ustaz


Ustaz Rock : Astargfirllahalazim kamu ni..ustaz belum habis cakap
lagi..sabo sabo la dulue

Murid 1 : Teruskan ustaz..

Ustaz Rock : Kamu rasa kenapa yer orang pantai timur ni camtu?Apa
pendapat kamu?

Murid 1 : Hish..ada unsur-unsur politik ke ni ustaz? Bahaya nie...repot
kat guru besar kang baru tau


Ustaz Rock : Ler..ni lagi sorang..takde langsung la..Bebawak mengucap dulu

Murid 2 : Dah tu apa ustaz?

Ustaz Rock : Okla..ustaz terus terang..tapi ni bukan ajaran sesat
tau..Sebabnyer orang lain sebut 'Tuhan'..tp orang terengganu sebut
'Tuhang'..org kelantan plak sebut 'Tuhe'..tak gitu?

(lalu Murid 1 dan Murid 2 pun hanya menggeleng kepaler..deii..dah name pun ustaz rock..sabo je la)"


erm,okeylaa..aku rasa cukuplah tu,huhuh,banyak sangat nanti,takut korang malas pulak nak baca..hehee,aku harap bila korang baca ni,korang akan rasa happy ye..
aku happy sangat bila korang semua heppy..
oke..?erm,sory tau kalau cerita-II kat atas tuh tak lawak sangat..hehee,aku tengah tak cukup masa sebenarnya sebab aku buat waktu maghrib,so korang faham-II lah kan..hehee


salam sayang~
thanks sudi baca,awak cantik dan handsome sangat..!