ibu kaki tipu ??

BISMILLAH..

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu." (Surah Luqman, ayat 14)


aku bukan anak derhaka yang sanggup untuk menuduh para ibu seorang PENIPU..
tapi itulah KENYATANNYA..Allah,Allah,Allah...betapa MULIANYA hati seorang wanita yang bergelar IBU..
  
IBU SERING MENIPU KITA...
MEREKA CAKAP MEREKA TIDAK LAPAR,TAPI KENYATAANNYA MEREKA BERTAHAN LAPAR DEMI  MEMBERI ANAK-II MAKAN..
IBU SERING MENIPU KITA...
MEREKA CAKAP MEREKA TIDAK MENGANTUK,TAPI KENYATAANNYA MEREKA BERJAGA UNTUK MENJAGA KITA SEWAKTU KITA SAKIT..
IBU SERING TIPU KITA..
MEREKA CAKAP MEREKA TIDAK PENAT,TAPI KENYATAANNYA MEREKA SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA DEMI KESENANGAN KITA...
IBU SERING TIPU KITA...
MEREKA CAKAP MEREKA TIDAK RINDU..TAPI KENYATAANYA MEREKA TIDAK MAHU MENYUSAHKAN ANAK-II MEREKA YANG BERADA JAUH DARI MEREKA...


ALLAH,begitu banyak PENIPUAN yang para IBU lakukan..Allah,betapa derhaka kami sebagai anak-II mereka..Allah,betapa butanya hati kami,kerana tidak dapat memahami isi hati mereka..


" SYURGA ITU SESUNGGUHNYA DIBAWAH TELAPAK KAKI SEORANG IBU "


ALLAH,9 Bulan 10 hari ibu membawa ku kemana-II, tapi seringkali kami anak-II merungut untuk membawa mereka kemana tempat yang ingin mereka tuju..
ALLAH,apakah sudah derhaka kami sebagai anak-II mereka..? mereka sering mengucapkan terima kasih kepada kami,selepas kami melakukan pekerjaan yang diberi mereka,sedangkan,kamilah yang sepatutnya berterima kasih kepada mereka,kerana memberi kami pekerjaan untuk mendapatkan ganjaran pahala dari MU..


IBU,TIADA WANITA TERINDAH DAN MULIA SELAIN MU DIHATI KU..TIDAK AKAN ADA PENGGANTI SELEPAS KETIADAANMU..IBU,KAU HARTA TERNILAI,HILANGMU SEKALI,HILANGLAH UNTUK SELAMANYA..IBU,AKU SERING MENYAKITI DAN MEMBANTAHMU,AMPUNKANLAH ANAKMU,JIKA TIADA KEJAYAAN YANG DAPAT KU BERI,SUDIKANLAH DIRIMU MENERIMA DOA KU UNTUKMU..KERANA HANYA ITU YANG MAMPU KU BERIKAN..


Allah,seringkali aku silap dalam menilai segalanya..ibu marah padaku,aku fikir ibu benci padaku.
ibu menegur kesilapan ku,aku sering tidak dapat menerimanya..jika ibu enggan menunaikan permintaan ku,aku terus merajukkan diri..
Allah,begitu kuat hati ibu menahan kerenah anak-II nya..begitu tinggi nilai kesabarannya..
Allah,aku malu untuk menjadi seorang anak ya Allah..begitu jahilnya aku dalam menghargai IBU..


wanita terhebat..! anis sayang emak sangat-II...!

Zaiton Bte Abdul Rahim





Alhamdulillah,tepat pukul 4.30 pagi,akhirnya selepas aku berusaha untuk menggagahkan juga mataku demi menyiapkan entry kali ini telah berhasil..syukur,sebelum aku terlupa,entry ini juga aku khaskan buat ibuku tercinta..aku tawu,walaupun aku tidak akan memberi ibuku baca entry ini,tapi cukuplah jika diatas sana mengatahuinya..


emak,anis sayang mak sangat-II,terime kaseh untuk segalanya,maafkan anis kalau tak dapat hadiahkan kejayaan buat mak,tapi mak jangan bimbang,doa anis sentiasa ada untuk mak,anis sayang mak..dan begitulah selamanya..












thanks sudi baca,awak cantik dan handsome sangat..!