YA ALLAH

          cukuplah Allah sebagai pembantuku dan Dialah sebaik-baik pelindung...amin..

bismillah..
 sekarang ni,makwe tengah dalam keadaan rimas,serabut,tension..macam2 kat fikiran makwe sekarang ni...
ooh ye dan memang betul,makwe malas nak mula dengan bermadah bicara..kerana berharap biarlah tiada siapa yang baca entry ni..sebab makwe tulis ni,sekadar untuk mengeluarkan segala isi-isi dalam kepala ni..

ya Allah..bulan september ini,betul2 menguji segala kesabaranku,kekuatanku,ketabahanku dan keimananku..begitu besar ujian yang Kau beri kepadaku..betapa sedihnya aku bila terkenangkan segalanya..
ya Allah aku bersyukur kerana kau telah memberi jaminan kpdku dgn 1 firmanMu..
" TIDAK AKAN MENIMPA MUSIBAH KEPADA SESEORANG ITU,MELEBIHI KEUPAYAANNYA"

ya Allah tiap kali aku ulangi bacaan ini,air mataku terus jatuh ya Allah..aku menangis ya Allah..
tapi bukan niat ku untuk mempertikaikannya mahupun menyesalinya ya Allah..tapi kerana aku seorang hambaMU  yang lemah..seorang hambaMu yang begitu mudah menjatuhkan airmata..aku tidak kuat ya Allah...tiada teduhan untuk aku teduhi atas perkara yang berlaku ini,kerana aku telah pun bertekad hanya untuk teduh dibawah teduhanMu sahaja ya Allah..

ya Allah,aku menangis lagi..maafkan lah aku..ya Allah cukuplah Kau sebagai pembantuku dan Engkaulah sebaik2 pelindung..ya Allah ujian yang Kau beri ini,terlalu banyak hikmahnya..terlalu besar hikmahnya..aku bersyukur ya Allah kerana sekarang ini,lelaki itu telah banyak berubah..dia telah mula istiqamah dalam solatnya..walaupun masih tidak mencukupi,namun dgn terbuka hatinya utk mendirikan semula tiang agamaMu itu,sudah cukup membuat aku bersyukur..alhamdulillah..

ya Allah..Kau uji aku lagi..aku tidak dapat melupakannya..itu aku ya Allah..bagaimana pula dengan wanita dan lelaki itu..??merekalah yang selama ini membesarkan dia,mengasihi dia,mengajar dia, dan segala2nya bermula dengan air tangan wanita dan lelaki itu..jadi,bagaimana ya Allah,apakah perasaan mereka ketika ini..?apakah tidak risau perasaan mereka..??masyaAllah,sedangkan aku saja sudah berperasaan seperti ini, lagikan mereka??manusia yang paling berjasa dan paling dekat terhadap lelaki itu..ya Allah,begitu kuat hati wanita dan lelaki itu,begitu tabah hati mereka dalam menerima ujian2Mu itu..

ya Allah,mulianya hati mereka apabila tidak menunjukkan kegundahan,kesedihan dan kerisauan mereka terhadap kami..begitu bijak mereka menyembunyikannya..ya Allah,wanita itu begitu mulia dihatiku..sudah terlalu banyak ujian yang kau berikan kepadanya..aku berdoa dan bermohon agar disyurgaMU nanti,Engkau akan menghadiahkannya payung emas yang Kau janjikan kepada kaum2 isteri..

ya Allah,aku sayangkan penduduk hatiku ya Allah..begitu besar nilai mereka dihatiku..tapi Kau dan Kekasihmmu masih utama dihatiku..ya ALLah,aku rindu akan kekasihMu...seandainya KekasihMu itu masih ada diduniaMu ini,ingin saja aku pergi kepadanya,menceritakan segala2nya kepadanya..meminta nasihat,kata2 indah daripadanya,agar aku terus kuat dan sedar dari kesedihanku ini..agar aku tahu bahawa ini hanya ujian kecil daripadaMu..

ya Allah..ujian yang kau beri ini..aku tahu sebaliknya bermula dengan kekhilafan lelaki itu sendiri..dan mungkin juga bukan dari kekhilafan lelaki itu..tapi aku tahu ya Allah,ujian Kau ini menbuatkan aku lebih mengenali mereka2..ya Allah,seandainya ujian ini penuh dengan hikmah2Mu,aku bersyukur kepadaMu ya Allah..tapi,andainya,ujian ini,sebagai balasan atas perbuatan mereka2...aku redha akan ketentuanMu..aku pasrah menerimanya ya Allah..

"BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU,PADAHAL IA AMAT BAIK BUATMU,
DAN BOLEH JADI KAMU AMAT MENYUKAI SESUATU,SEDANGKAN IANYA AMAT BURUK BUATMU...ALLAH MENGETAHUI,SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI.."

ya Allah,kau telah sedarkan aku dengan teguranMu diatas ini ya Allah...begitu senang hatiku saat membacanya, aku berasa sungguh dibawah jagaanMu ya Allah..begitu sayang engkau pada hamba2Mu yang kerdil ini.. hambamu yang masih rapuh dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pencinta agamaMu..benar ya Allah,sungguh,aku benar2 menyerahkan segala2nya kepadaMu selepas mengingati firmanMu ini..kerana aku tahu,segala yang baik itu datangnya dari Kau,dan yang buruk itu datangnya adalah pada diriku sendiri..aku ada perancangan buat diriku,begitu juga Kau ya Allah..

ya Allah..sesungguhnya hanya padaMu lah aku berdoa,dan hanya kepadaMu lah tempat aku dikembalilkan..
thanks sudi baca,awak cantik dan handsome sangat..!