BISMILLAH..

‎''Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati,
kerana kamu tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.''
(surah Ali 'Imran ayat 139)



assalammualaikum,hari nih hari rabu,tepat pukul 5.50 petang..
hari ni,makwe rasa macam banyak sangat perkara yang makwe nak cerita..
awak-II semua..dah baca, surah kat atas tu..?
kalau dah,boleh tak baca lagi sekali..?
biar kita lebih faham apa makna yang ada dalam surah tu..


awak-II semua...
malam tadi ada benda buruk terjadi lagi..dan malam nih,benda ni semakin ganas dan berani..
geram betul makwe bila tangan wanita itu,lebam sebab kena cakau dengan benda tuh..macam nak nangis bila makwe dengar,wanita tu cakap rasa kena cakau tu,buatkan wanita tu macam nak nangis..
mana taknya benda tu cakau tangan wanita tu kuat sangat..sakit yang memang teramat sakit..
ya Allah kesian sangat wanita itu ya Allah..


awak semua,tadi makwe periksa kertas Ekonomi Asas..ya Allah soalannya 'senang' ya amat..!!!
sampai tak tahu nak jawab apa dah..otak ni,sampai dah kosong dah..dah tak ada idea nak bagi kat soalan tu..
huhuh,nasib baik makwe ingat pesan emak,yang jangan pernah tinggalkan tempat kosong..cuba je jawab soalan2 tuh..
hah,tu yg makwe jawab jugk..cuma waktu tu,makwe adalah macam nak nangis,sebab makwe terfikir yang mcm mana lah
bila dah dapat result nanti ek..mesti makwe sedih bila tengok markah kawan-II ,lagi banyak daripada makwe punya..


tapi alhamdulillah,makwe teringat satu buku yang makwe baca,yang isinya tulis, bahawa kita belajar,pergi ke sekolah ni bukan sebab 
nak lulus dalam peperiksaan,bukan sebab nak dapat markah yang tinggi dalam peperiksaan,tapi kita pergi ke sekolah,
sebab nak mendekatkan diri kita kepada Pencipta ilmu itu,dan menutup kejahilan kita..so,makwe dah niat yang kalau makwe fail kertas EA tuh,
makwe redha,makwe tak nak sedih2..sebab makwe tahu makwe dah berusaha..makwe dah bangun pukul 2.00 pagi sampai pukul 4.00 pagi nak ulang kaji..jadi makwe nak tawakal dan berdoa pada Allah...alhamdulillah..


jadi,ingat... jangan sedih atas apa2 yang berlaku kat kita..percayalah,yang Allah sentiasa ada dekat dengan kita...LA TAHZAN ye..
hurm..okelah,sampai sini jee,makwe nak type,hee,jangan marah ea...


BYE-BYE MATA PANDA(ngokngek)








thanks sudi baca,awak cantik dan handsome sangat..!